MAKANAN TENTUKAN PEMBANGUNAN MINDA
Cara memberi makan, cara masak, dan menyediakan makanan sama pentingnya dengan bahan-bahan makanan yang diberi bagi menentukan pembangunan minda dan kesihatan yang optimum.
1.Sayur-sayuran
Cara memilih sayuran, yang seelok-eloknya terdiri daripada ulam-ulam dan sayur-sayuran hijau. Bagi sayur-sayur yang dibeli di luar biasanya mempunyai banyak bahan kimia disebabkan penggunaan baja kimia dan racun serangga. Oleh itu, sebelum sayur dimasak, basuh dan rendamkan 2 hingga 3 minit ke dalam air yang dicampurkan sedikit garam.
Sayur hendaklah dicuci sebelum dipotong dan jika dipotong sebaliknya tidak dipotong halus-halus kerana akan menghilangkan kandungan vitamin yang terdapat dalam sayuran. Ketika memotong sayuran lebih elok jika hanya patah-patahkan menggunakan tangan sahaja kerana kajian menunjukkan sayur yang dipotong dengan pisau juga akan mengurangkan kandungan vitamin dalam sayuran.
Cara masak yang terbaik untuk sayuran ialah celur dan rebus sahaja. Jika hendak digoreng, goreng dengan cepat (stir fries) dan tidak digoreng dengan minyak yang banyak (deep fries). Sayur yang sudah dimasak hendaklah terus dimakan dan tidak disimpan lama kerana jika tidak ianya akan menghasilkan banyak habuk-habuk api yang menyebabkan kita mudah stress, mudah merajuk, cepat marah dan kurang tumpuan pembelajaran.
2.Ikan
Cara memilih ikan seelok-eloknya ialah ikan bersaiz kecil dan bersisik. Ini kerana ikan kecil biasanya tinggal di permukaan air. Selalunya hidupan di dasar air lebih banyak mengandungi logam-logam berat yang berbahaya seperti kuprum, plumbum, merkuri, dan sebagainya. Sisik ikan sedikit sebanyak dapat mengurangkan logam berat terkumpul di bawah sisik ikan. Logam-logam ini amat berbahaya kepada kesihatan dan boleh menyebabkan keracunan jika makan dalam jumlah yang banyak dan kerap.
Cara memasak ikan yang selamat ialah dengan cara bakar menggunakan daun pisang, kukus atau stim. Ikan juga tidak elok dibakar menggunakan pembalut aliminium kerana aliminium yang telah masak akan masuk ke dalam ikan dan boleh menyebabkan sesiapa yang memakannya mudah lupa dan lebih teruk lagi boleh mendapat penyakit nyanyuk sebelum tua atau Alzheimers diseases.
Kajian di negara-negara mmbangun telah mengesahkan sindrom lupa, suka marah dan daya ingatan lemah banyak berlaku dalam kalangan yang suka menggunakan bekas yang mengandungi plumbum dan aluminium. Selain itu, elakkan menggunakan bekas plastik kerana terdapat bahan kimia di dalamnya. Seelok-eloknya gunakanlah pinggan mangkuk atau cawan kaca.
3.Makanan segera
Ada bahan makanan yang tidak digalakkan yang mungkin mengandungi racun. Salah satunya ialah makanan segera contohnya mi, keropok dan bermacam-macam lagi. Banyak makanan segera yang dijual di pasaran merupakan makanan harian bagi anak-anak sekolah dan universiti. Ia juga banyak mengandungi pewarna, pengawet dan perasa monosodium glutamate yang memberi kesan negatif kepada tahap pembangunan anak-anak. Seelok-eloknya makan biskut atau keropok yang diperuat dari tepung beras.
4.Minyak sayuran
Marjerin atau minyak sayuran iaitu minyak yang telah dibekukan lemak hydrogenated juga tidak digalakkan dimakan selalu. Minyak sayuran telah bercampur dengan hydrogen dan menghasilkan habuk-habuk api radikal bebas dan merosakkan sel-sel saraf, sel-sel rosak akan menjadi penyakit.
5.Koko
Makanan yang mengandungi koko juga patut dielakkan atau tidak diambil selalu memandangkan ianya menghasilkan bahan-bahan xanthine dalam otak menyebabkan anak susah belajar, susah ingat atau cepat lupa, mudah panik dan sebagainya.
6.Buah-buahan
Sekiranya kita mengambil sayur semasa makan tengahari, buah-buahan pula elok dimakan ketika minum petang. Makanlah buah-buahan yang ditanam di negara kita seperti jambu batu, betik, belimbing kerana tubuh kita senang menerimanya. Bagi buah-buahan yang berbiji, eloklah dibuang bijinya terlebih dahulu kerana mengandungi asid salisilik yang mengakibatkan alahan. Kulitnya pula banyak mengandungi tinggi vitamin C.
Buah pisang juga elok dimakan. Ada juga sesetengah orang yang alah kepada pisang jika dimakan setiap hari. Seelok-eloknya pisang ditanam sendiri dan dimakan begitu sahaja. Jika hendak kelainan, kita boleh rebus atau bakar sahaja. Kalau digoreng akan menghasilkan banyak habuk-habuk api yang tidak elok untuk kesihatan dan minda kita. Durian dan rambutan pula mengandungi terlalu banyak gula dan bahaya kepada penghidap kencing manis dan darah tinggi serta anak-anak kecil.
Seeloknya, buah ini dimakan segera ala kadar sahaja. Buah-buah import tidak digalakkan terutamanya yang dibawa masuk daripada negara-negara Eropah seperti epal, pir, anggur dan sebagainya. Ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan tersebut. sekiranya kita yang memakannya ia boleh menyebabkan alahan.
7.Air
Air amat penting untuk fungsi tubuh dan cara memilih minuman yang betul akan mempengaruhi minda dan kesihatan. Air yang paling baik ialah air dimasak, atau air yang ditapis. Selain itu, air kelapa juga elok diminum kerana ia adalah air mineral semula jadi. Air suam ini boleh disajikan ketika sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan setiap masa kita boleh ambil.
Kita tidak digalakkan minum susu lembu kerana sistem penghadaman kita selepas usia 2 tahun tidak lagi atau terlalu sedikit menghasilkan enzim yang dapat mencernakan susu lembu tersebut. ia boleh digantikan dengan susu soya atau susu kambing.
Kajian mendapati kandungan susu kambing mirip kandungan susu ibu. Susu soya yang elok ialah yang disediakan sendiri, bukannya yang telah dibungkus, dikotak atau ditinkan kerana ini tidak asli kerana telah mengandungi pengawet dan perasa tiruan.
Akhir sekali, elakkan anak-anak makan berulam air. Air diminum sebalik-baliknya 10 minit sebelum atau selepas makan. Makan berulam air mengakibatkan penghadaman yang tidak sempurna. Makanan yang tidak hadam akan mengeluarkan toksik berbahaya yang memberi kita kesan buruk kepada kesihatan dan minda anak.
Wednesday, October 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment