Wednesday, October 28, 2009

tip memilih PASANGAN IDEAL...

1. Pegangan Agama
Pegangan agama merupakan perkara utama yg harus diambil berat.Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda? Jika isteri memerlukan tunjuk ajar, adakah anda sanggup mendidik serta memberi semangat? Lebih-lebih lagi jika beliau saudara baru. Bagi yang wanita, adakah anda pasti bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?

2. Menyayangi Pasangan
Adakah anda menyayangi pasangan yang bakal dikahwini? Jikalau ianya atas pilihan keluarga, adakah anda redha dengan pasangan yang telah dipilih? Bagaimana jika setelah sebulan berkahwin, anda terjumpa wanita atau lelaki idaman? Jika pernah berkasih dengan orang lain sebelum ini, sanggupkah anda melupakan segala-galanya dan mulakan hidup baru?

3. Kesihatan
Adakah anda pasti tentang tahap kesihatan masing-masing? Pastikan bebas daripada pengaruh dadah atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari segi mental? Tanya diri sendiri samada sanggup untuk menghadapi risiko. Jangan tinggalkan keluarga kala malang menimpa.

4. Zuriat
Bagaimana jika pasangan tidak dapat memberikan zuriat. Bincang perkara ini sedalam-dalamnya , adakah anda berdua sanggup mengambil anak angkat atau bagi yang wanita, mengizinkan suami berkahwin lain. Memang kelihatan sukar untuk dibincangkan tetapi bukankah lebih baik jika anda mengetahui perdirian pasangan mengenai perkara ini sebelum berkahwin?

5. Kewangan
Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari awal. Anda berdua harus berbincang bagaimanakah perbelanjaan keluarga patut dibahagikan. Adakah suami menanggung 70% manakala isteri 30% atau masing-masing 50%. Atau adakah suami sanggup menanggung 100% perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji sebagai simpanan keluarga. Jika suami mahukan isteri menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, pastikan anda telah berbincang mengenai wang kocek ataupun elaun.Yang penting, tanya semua aspek tentang kewangan. Mungkin ada diantara pasangan yang akan bertengkar semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang SEBELUM anda berkahwin.

6. Kerjaya dan Cita-cita
Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan atau sebaliknya? Bincang dengan hati terbuka lebih -lebih lagi jika anda bercita-cita tinggi. Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.

7. Kesesuaian
Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah anda seorang yang peramah manakala pasangan pula seorang yang pendiam? Atau andakah anda seorang yang pembersih dan dia pula seorang yang selekeh? Sesuaikah anda?Anda sendiri yang pastikan kerana kadang-kala “opposite attracts” tetapi ada juga dari awal-awal lagi sudah tidak sesuai sikap tetapi mungkin tertarik diantara satu sama lain kerana faktor lain seperti rupa paras ataupun kedudukan.

8. Persefahaman
Sudahkah anda berbincang mengenai jadual pulang ke kampung semasa hari raya? Mungkin kelihatan remeh tetapi jangan terkejut jika topik balik kampung menjadi punca pasangan suami isteri bermasam muka di pagi raya!

9. Keluarga Mertua
Kesuaian serta persefahaman dengan keluarga mertua adalah sangat penting untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga. Adakah anda serasi dengan keluarga pasangan? Jangan lupa bahawa apabila berkahwin, anda bukan sahaja “berkahwin” dengan anak perempuan atau anak lelaki mereka, malah dengan keluarga mereka juga.

10. Keperluan Seksual“Absolutely no testing here!!”. Maksud sebagai keperluan seksual adalah…bolehkah pasangan anda memenuhi citarasa seksual anda? Maksudnya, wanita atau lelaki yang bakal anda kahwini mestilah sekurang-kuranngnya menarik minat anda dari segi seksual kerana keperluan batin adalah sebahagian daripada kehidupan berkahwin. Hadapilah dengan berani!

ada apa dengan LELAKI?

1. Bila awak cakap dengan lembut, saya tak mampu mengelak dari memberikan perhatian.

2. Kadangkala awak perlu katakan “tidak” kepada saya. Bukanlah selalu, tetapi ini akan mengingatkan kepada saya bahawa awak ni seorang yang “mahal dan berharga”.

3. Tolonglah jangan tanya saya bagaimana rupa awak, kecuali bila awak benar-benar akan percaya jawapan saya nanti.

4. Bila awak rasa suka dan bahagia bersama saya, saya akan rasa lebih banyak lagi ingin membahagiakan awak.

5. Kalau saya rasa tidak dapat membuatkan awak suka dan bahagia, saya rasa seolah-olah bukan lelaki sebenar dan sejati.

6. Saya harap sangat awak dah bersiap dan bersedia bila saya tiba untuk menjemput awak.

7. Saya takut sekiranya saya membenarkan wanita berada di dalam hati saya, kemungkinan dia akan mengambil kesempatan.

8. Mungkin awak arif tentang fesyen, tetapi saya sangat berharap awak berpakaian untuk mengambil hati saya, bukan untuk menunjuk kepada wanita lain.

9. Kalau saya bercakap tentang golf dan awak nampaknya macam “boring” jer, kan elok kalau awak cuba ingat pada setiap masa awak bercakap, saya sentiasa mendengar dan beri perhatian tentang perkara yang penting pada awak.

10. Kalau awak sendiri tak percaya yang awak ni cantik, awak takkan percaya bila saya cakap perkara yang sama, tak kiralah berapa banyak pun saya katakan.

tip hubungan JARAK JAUH....

Tetap berhubungan setiap saat
Kunci mempertahankan hubungan cinta jarak jauh adalah tetap mengadakan hubungan terus menerus. Chatting, saling SMS, telefon atau email secara teratur adalah langkah yang dapat dilakukan sekalipun hanya untuk menceritakan hari-hari yang membosankan. Ini akan membuat Anda merasa seperti Anda sebahagian daripada hidup masing-masing sekalipun Anda terpisah beribu-ribu kilometer.

Tunjukkan padanya perhatian anda
Jangan Tunjukkan padanya Anda perhatian biarkan jarak mencegah Anda menujukkan padanya Anda meberikan perhatian. Kirimi dia e-card yang lucu , hangat dan menyentuh atau kirim dia buku yang selalu dia inginkan membacanya. Ini akan menyentuhnya dan membiarkan dia tahu bahawa Anda tengah memikirkannya.

Jangan biarkan perselisihan hidup
Selalu cari penyelesaian secepat mungkin ketika Anda berselisih kerana semakin lama dibiarkan, masalahnya akan semakin rumit. Jangan pernah menggantung pasangan anda atau mengabaikan e-mailnya. Ketika Anda jauh, telefon dan e-mail menjadi jambatan buat Anda.

Bersemangat dan lakukan rutin harian
Jangan menyia-nyiakan hidup hanya kerana dia jauh. Tetaplah pada rutin harian biasa atau mungkin lebih baik. Untuk semua kesempatan yang Anda batalkan atau ketika memutuskan tidak punya waktu kerana dia, sekarang saatnya untuk melakukan semua itu.

Realistis
Jangan harap dunia akan pindah ketika Anda akhirnya bersatu kembali. Ada banyak hal yang perlu dipahami. Ia telah berada di lingkungan yang berbeza sehingga fahamilah dia perlu waktu untuk mengadaptasikan kembali hidup di rumah bersama-sama. Sisihkan waktu dan saling berbicara apa yang tengah terjadi. Walaupun ini adalah cara sensitif untuk memahami kehidupan masing-masing.

doa BERKASIH...

Ya Allah….
Seandainya telah Engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi…

Dan Ya Allah…
Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…. dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku…. Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan Ya Allah Yang Tercinta…
Gantilah yang telah hilang…. Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah Ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu… Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…. kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan Engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin. .

Rempah Ratus Kehidupan...

Pengalaman mematangkan usiaku,
Kenangan mengimbas kenangan yang lalu,
Tangisan melegakan senduku,
Ketawa menyerlahkan gembira di hatiku,
Keletihan menunjukkan usahaku,
Kepuasan memaparkan kejayaanku,
Kekecewaan mempamerkan sejuta liku…

Begitulah hidupku sebagai manusia,
Pelbagai ragam dan juga rupa,
Hanya aku yang dapat mengubahnya,
Hanya aku yang mampu mencorakkannya,
Berbekalkan azam dan semangat yang ada…

Cinta mengukirkan kebahagiaan,
Cinta membuahkan kenangan,
Cinta menitiskan kekecewaan,
Cinta menghasilkan kejayaan,
Cinta memberanikan setiap insan…

Teman hadir di waktu ku memerlukan,
Teman berkongsi keresahan,
Teman mempamerkan senyuman,
Teman sentiasa meyakinkan,
Teman mencipta pengorbanan…

Friday, October 23, 2009

31 MEI 2009 - My HAPPINESS DAY...

Tanggal 31 Mei 2009 bersamaan dengan hari Ahad, aku telah sah menjadi tunangan insan yang aku sayangi sejak 5 tahun yang lalu. Perkenalan yang bermula dengan hubungan abang dan adik angkat akhirnya menjadi satu ‘platform’ untuk kami manyatukan hati yang mekar dengan cinta remajanya. Kebetulan pula dengan peraturan sekolah yang melarang hubungan antara kaum hawa dan adam menyebabkan hubungan kami dirahsiakan dari pengetahuan ramai kecuali rakan-rakan terdekat. Mentari tidak akan memancar setiap hari. Ada kalanya taufan akan melanda kami. Namun, keikhlasan hati membuatkan kami bersatu kembali. Tidak dinafikan, kami juga sering mengalami salah faham dan bermasam muka. Itulah adat bercinta. Namun, ianya tidak berpanjangan kerana ‘sayang’ lebih handal menanganinya. Sepanjang 5 tahun inilah kami bercinta hanya dengan berutus surat dan khabar berita. Handphone menjadi penghubung setia walau ke mana saja ditujui kerana hanya itu yang menjadi pengutus rindu antara kami. Kesungguhan terhadap hubungan ini telah menemukan kami berdua setelah 4 tahun berpisah kerana dek jarak. 5 Oktober 2008, dia telah bertandang ke rumahku pada hari raya ketiga. Itulah yang membuatkan aku semakin yakin padanya kerana bukan dekat jarak dari tempat asalnya ke daerah tempat tumpah darahku. Keyakinan aku bertambah kuat bila si dia merisikku dan menyatakan hasratnya untuk mengikat tali pertunangan antara kami berdua. Itulah saat yang paling manis pernah ku lalui sehingga kini. Adab sopan dan baik tutur bicaranya itulah yang membuatkan orang tuaku menerima khabar tersebut dengan hati terbuka. Walhal sebelum ini aku pernah terdengar mereka kurang selesa dengan pertunangan orang muda pada zaman kini. Mungkin memang sudah jodohku dengan si dia. Kini, aku bahagia walau jarak memisahkan kami berdua. Namun, aku yakin cinta dan rindu kami berdua tetap setia di hati masing-masing. Buat insan bernama JALALUDIN BIN JUNAIDI, terima kasih sayangku kerana kau telah menjadikan impian kita menjadi begitu indah sekali lebih dari apa yang ku impikan selama ini. Walau permata ditadahkan di hadapanku, hanya kau saja yang bertakhta di hatiku untuk selamanya…

Wednesday, October 21, 2009

ADIK

Adik…
Kaulah insan yang sungguh berharga,
Penawar sepi, marah dan duka,
Membawa bahagia, suka dan gembira,
Menyembuhkan sakit yang mencengkam jiwa,
Menghadirkan senyumanku ketika kecewa…

Adik…
Aku bangga mempunyai insan sepertimu,
Susah payah tiada terserlah di wajahmu,
Demi kebahagianku di waktu sendu,
Demi menguntumkan senyuman di bibirku…

Adik…
Biarpun kita dari darah yang berbeza,
Namun itu bukan penghalangnya,
Kita terus berkongsi cerita,
Tidak kira ketika suka dan duka,
Kita terus menangis dan ketawa bersama…

Adik…
Kini aku mula mengerti,
Bukan saja kekasih yang perlu di sisi,
Tetapi insan sepertimu juga beerti,
Bagi diriku yang sentiasa sepi…

Adik…
Tidak pernah kau mengeluh kesah,
Tidak pernah kau pamerkan wajah yang resah,
Walaupun hidupmu kian parah…

Adik…
Aku cuba untuk menjadi sepertimu,
Menjadi teman senang dan susahmu,
Menjadi guru yang membimbingmu,
Menjadi doktor yang merawat dukamu,
Menjadi juruhebah yang menggembirakanmu,
Dan menjadi KAKAK yang setia di sisimu…

Makanan tentukan pembangunan minda...

MAKANAN TENTUKAN PEMBANGUNAN MINDA

Cara memberi makan, cara masak, dan menyediakan makanan sama pentingnya dengan bahan-bahan makanan yang diberi bagi menentukan pembangunan minda dan kesihatan yang optimum.

1.Sayur-sayuran
Cara memilih sayuran, yang seelok-eloknya terdiri daripada ulam-ulam dan sayur-sayuran hijau. Bagi sayur-sayur yang dibeli di luar biasanya mempunyai banyak bahan kimia disebabkan penggunaan baja kimia dan racun serangga. Oleh itu, sebelum sayur dimasak, basuh dan rendamkan 2 hingga 3 minit ke dalam air yang dicampurkan sedikit garam.

Sayur hendaklah dicuci sebelum dipotong dan jika dipotong sebaliknya tidak dipotong halus-halus kerana akan menghilangkan kandungan vitamin yang terdapat dalam sayuran. Ketika memotong sayuran lebih elok jika hanya patah-patahkan menggunakan tangan sahaja kerana kajian menunjukkan sayur yang dipotong dengan pisau juga akan mengurangkan kandungan vitamin dalam sayuran.

Cara masak yang terbaik untuk sayuran ialah celur dan rebus sahaja. Jika hendak digoreng, goreng dengan cepat (stir fries) dan tidak digoreng dengan minyak yang banyak (deep fries). Sayur yang sudah dimasak hendaklah terus dimakan dan tidak disimpan lama kerana jika tidak ianya akan menghasilkan banyak habuk-habuk api yang menyebabkan kita mudah stress, mudah merajuk, cepat marah dan kurang tumpuan pembelajaran.


2.Ikan
Cara memilih ikan seelok-eloknya ialah ikan bersaiz kecil dan bersisik. Ini kerana ikan kecil biasanya tinggal di permukaan air. Selalunya hidupan di dasar air lebih banyak mengandungi logam-logam berat yang berbahaya seperti kuprum, plumbum, merkuri, dan sebagainya. Sisik ikan sedikit sebanyak dapat mengurangkan logam berat terkumpul di bawah sisik ikan. Logam-logam ini amat berbahaya kepada kesihatan dan boleh menyebabkan keracunan jika makan dalam jumlah yang banyak dan kerap.

Cara memasak ikan yang selamat ialah dengan cara bakar menggunakan daun pisang, kukus atau stim. Ikan juga tidak elok dibakar menggunakan pembalut aliminium kerana aliminium yang telah masak akan masuk ke dalam ikan dan boleh menyebabkan sesiapa yang memakannya mudah lupa dan lebih teruk lagi boleh mendapat penyakit nyanyuk sebelum tua atau Alzheimers diseases.

Kajian di negara-negara mmbangun telah mengesahkan sindrom lupa, suka marah dan daya ingatan lemah banyak berlaku dalam kalangan yang suka menggunakan bekas yang mengandungi plumbum dan aluminium. Selain itu, elakkan menggunakan bekas plastik kerana terdapat bahan kimia di dalamnya. Seelok-eloknya gunakanlah pinggan mangkuk atau cawan kaca.


3.Makanan segera
Ada bahan makanan yang tidak digalakkan yang mungkin mengandungi racun. Salah satunya ialah makanan segera contohnya mi, keropok dan bermacam-macam lagi. Banyak makanan segera yang dijual di pasaran merupakan makanan harian bagi anak-anak sekolah dan universiti. Ia juga banyak mengandungi pewarna, pengawet dan perasa monosodium glutamate yang memberi kesan negatif kepada tahap pembangunan anak-anak. Seelok-eloknya makan biskut atau keropok yang diperuat dari tepung beras.


4.Minyak sayuran
Marjerin atau minyak sayuran iaitu minyak yang telah dibekukan lemak hydrogenated juga tidak digalakkan dimakan selalu. Minyak sayuran telah bercampur dengan hydrogen dan menghasilkan habuk-habuk api radikal bebas dan merosakkan sel-sel saraf, sel-sel rosak akan menjadi penyakit.


5.Koko
Makanan yang mengandungi koko juga patut dielakkan atau tidak diambil selalu memandangkan ianya menghasilkan bahan-bahan xanthine dalam otak menyebabkan anak susah belajar, susah ingat atau cepat lupa, mudah panik dan sebagainya.


6.Buah-buahan
Sekiranya kita mengambil sayur semasa makan tengahari, buah-buahan pula elok dimakan ketika minum petang. Makanlah buah-buahan yang ditanam di negara kita seperti jambu batu, betik, belimbing kerana tubuh kita senang menerimanya. Bagi buah-buahan yang berbiji, eloklah dibuang bijinya terlebih dahulu kerana mengandungi asid salisilik yang mengakibatkan alahan. Kulitnya pula banyak mengandungi tinggi vitamin C.

Buah pisang juga elok dimakan. Ada juga sesetengah orang yang alah kepada pisang jika dimakan setiap hari. Seelok-eloknya pisang ditanam sendiri dan dimakan begitu sahaja. Jika hendak kelainan, kita boleh rebus atau bakar sahaja. Kalau digoreng akan menghasilkan banyak habuk-habuk api yang tidak elok untuk kesihatan dan minda kita. Durian dan rambutan pula mengandungi terlalu banyak gula dan bahaya kepada penghidap kencing manis dan darah tinggi serta anak-anak kecil.

Seeloknya, buah ini dimakan segera ala kadar sahaja. Buah-buah import tidak digalakkan terutamanya yang dibawa masuk daripada negara-negara Eropah seperti epal, pir, anggur dan sebagainya. Ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan tersebut. sekiranya kita yang memakannya ia boleh menyebabkan alahan.


7.Air
Air amat penting untuk fungsi tubuh dan cara memilih minuman yang betul akan mempengaruhi minda dan kesihatan. Air yang paling baik ialah air dimasak, atau air yang ditapis. Selain itu, air kelapa juga elok diminum kerana ia adalah air mineral semula jadi. Air suam ini boleh disajikan ketika sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan setiap masa kita boleh ambil.

Kita tidak digalakkan minum susu lembu kerana sistem penghadaman kita selepas usia 2 tahun tidak lagi atau terlalu sedikit menghasilkan enzim yang dapat mencernakan susu lembu tersebut. ia boleh digantikan dengan susu soya atau susu kambing.

Kajian mendapati kandungan susu kambing mirip kandungan susu ibu. Susu soya yang elok ialah yang disediakan sendiri, bukannya yang telah dibungkus, dikotak atau ditinkan kerana ini tidak asli kerana telah mengandungi pengawet dan perasa tiruan.
Akhir sekali, elakkan anak-anak makan berulam air. Air diminum sebalik-baliknya 10 minit sebelum atau selepas makan. Makan berulam air mengakibatkan penghadaman yang tidak sempurna. Makanan yang tidak hadam akan mengeluarkan toksik berbahaya yang memberi kita kesan buruk kepada kesihatan dan minda anak.